Pujukan gereja – Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

Dalam akhbar Online Mymetro dan Berita Harian hari ini mendedahkan satu lagi kehidupan yang menerima bantuan dan ehsan dari pihak Gereja.  Kes ini berlaku di Seremban dan ini hanya salah satu dari ribuan kisah yang tidak dibongkar.  So apakah tidak ada asasnya pihak JAIS membuat serbuan ke Gereja yang dilaporkan mendakyah orang Islam?

Nur Dan Dua Anaknya

Nur Dan Dua Anaknya

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

6 Responses to Pujukan gereja – Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

  1. tsite October 16, 2011 at 3:30 pm #

    sekarang banyak terjadi menerima bantuan gerejaa..mrk menolong untuk menarik org islam masuk agama kristian
    ..berhati2lah. saya harap pihak berkenaan pandang dan bantulah golongan mereka yang benar2 susah,
    selamatkanlah merekadan anak2 mrk. smg mrk x terpesong dgn kebaikan golongan ini. amin….

  2. noorist end August 15, 2011 at 1:52 pm #

    jiran sia tuh suda la suami istri kja.. tp siap bulan2 dpat tuh zakat ny bantuan. glak bha dorg tuh ngaku dri fakir.. tdak tkut tuh mkn duit y bkan hak kta..

  3. puanbee August 8, 2011 at 2:27 pm #

    hurm biasa di kampung2 kan ada bantuan , tp tulah ketua kampung pun sekarang byk pilih kroni2 dia je nk bg bantuan teruk dah ni

    • admin August 9, 2011 at 8:10 am #

      kekadang tengok org tegap tubuh badan & pakai kereta lagi, dtg bank ambil bantuan jkm

  4. ekin August 7, 2011 at 5:20 pm #

    ni lah peranan pemimpin yang sebenar…
    wahai pemimpin sekalian…
    contohilah khalifah umar abdul aziz dari sudut kepimpinan dan keperibadian beliau…
    dizaman pemerintahan beliau, tidak terdapat seorang pun fakir miskin…

  5. iza August 7, 2011 at 12:03 pm #

    Assalam..
    Ini silapnya kita. Tak nak membantu pada yang memerlukan. Akhirnya peluang tersebut diambil alih oleh agama lain bagi menarik umat Islam ke agama mereka secara tidak sedar..

Leave a Reply

CommentLuv badge