Dah lama juga saya tinggalkan blog ni tak update. Ada macam-macam hal yang membuatkan aktiviti blogging saya terganggu, bukanlah sibuk sangat tapi masalah kesihatan setelah balik dari bercuti di Port Dickson tempoh hari.
Ada banyak cerita yang nak saya tuliskan dan ada banyak juga gambar menarik yang kami ambil untuk dijadikan entry blog ni, tapi bila balik dari percutian 3 hari 2 malam atas sponsor sendiri berasa juga keletihan dan mood nak update blog pun berkurangan. Jadi saya sambung lagi cerita percutian kami di Port Dickson…
Entah berapa kali laluan dari Port Dickson ke Teluk Kemang kami selusuri mencari tempat penginapan yang agak selesa dengan budget yang agak selesa juga. Hampir setiap hotel kami singgah dari yang paling murah hingga yang paling mahal…
Memenatkan…. itulah yang dapat saya katakan tapi bagi kami sekeluarga rasa seronok pulak kerana dapat mengiratkan hubungan kekeluargaan. Malam pertama kami menginap di hotel Cozzi dengan mendapat diskaun yang paling istimewa. Terima kasih Cozzi…
Jam 11.30 pagi kami check out dan terasa seronok pulak nak stay sehari lagi. Meneruskan perjalanan dan singgah kat “Kedai Makan Depan Kubur”... itulah jawapan spontan bila saya tanya pada makcik pemilik kedai, apa nama kedainya.
Menu di sini antaranya nasi ayam, laksa dan cendol, lain-lain tengok saja kat sign borad kedai tu…
Kalau anda peminat giler cendol, jangan lepaskan peluang singgah di Kedai Cendol Depan Kubur ni… cendolnya memang kaw…!! . Dan jangan lupa beritahu kami anda dah singgah di kedai ni (kat ruang komen tu ye…)
Oh ye malam kedua kami menginap di Casa Rachado yang ada cerita yang tersendiri… nantikan cerita penuh misteri tak lama lagi.
Mungkin anda nak hadiahkan percutian yang lebih istimewa buat yang tersayang? Atau anda baru saja melangsungkan perkahwinan dan nakkan satu pakej honeymoon vacation yang paling special….? HADIAHKAN PERCUTIAN ISTIMEWA INI KEPADA YANG TERSAYANG








I think this website has some very good info for everyone
. “Anybody who watches three games of football in a row should be declared brain dead.” by Erma Bombeck.
Thanks sudi ziarah ke entry mama..ala studio apartment mama ni biasa2 aja.. insyaallah bole jika sudi!!!…
Insyallah… kalau ke sana lagi, kami contect mama
baru blk dr PD?? Hurmm..last week mak sekeluarga pun holiday kat PD gak! Tp..x pernah plak smpi kat kedai mkn dpn kubur ni..huhuhu
memang best cendolnya… tq kerana mak sudi ziarah blog ni…